Pada tahun 1994, Tuhan telah mengaruniakan suatu visi kepada Kenneth Chin yang mendedahkan niat hatiNya untuk membawa kebangkitan dan revolusi pada dan melalui golongan belia di Malaysia dan dari Malaysia ke hujung dunia. Walaupun Kenneth bersedia untuk mempercayai Tuhan akan kelahiran suatu pelayanan belia radikal yang akan menjalankan misi tersebut dengan berkesan, namun beliau terpegun kerana v
isi tersebut juga melibatkan penubuhan sebuah gereja. Acts Church ditubuhkan dengan rasminya pada 27hb Februari 2000 dengan 6 orang ahli termasuk Kenneth dan dua orang pemuda yang menyertainya pada permulaannya. Sandra terpaksa terus melayani Tuhan di gereja sebelumnya demi membantu pelayanan pemuda-pemudi di gereja tersebut pada waktu perubahan-perubahan tersebut terutamanya dengan ketiadaan Kenneth. Sandra melakukan tugasnya dengan begitu sempurna sehinggakan sampai hari ini, perhubungan beliau dan Kenneth dengan gereja sebelumnya tetap kukuh dan erat. Lebih kurang 6 bulan kemudian, Sandra juga menyertai suaminya bersama dengan 15 orang lain sebagai ahli- ahli baru Acts dan dengan serta-mertanya menggunakan segala pengalaman serta kemahirannya untuk membantu membangunkan pelayanan penyembahan dan puji-pujian yang kuat dan teguh. Panggilan Tuhan kepada Kenneth dan Sandra jelas dan tetap mahupun dengan penubuhan Acts. Mereka harus memupuk suatu generasi (seperti Daud yang melayani generasinya - Kisah Rasul-Rasul 13:36) yang prioriti pertamanya dan tujuannya adalah untuk menyenangkan hati Tuhan dan melaksanakan rencanaNya. Tuhan menjanjikan Kenneth bahawa jika dia mentaatiNya untuk menubuhkan dan menggembalakan sebuah gereja yang akan menjangkau generasi X terutamanya, Dia akan memberkati pelayanan tersebut dan akan mengubahkan 'X' kepada generasi 'Acts'. Dia berjanji bahawa gereja tersebut akan menjadi pergerakan antarabangsa dan sebuah model kepada ramai dan jikalau kita terus setia untuk membinanya berpandukan corakNya, kita akan melihat "suatu generasi memuji namaNya kepada suatu generasi lagi..." Kini jemaah Acts seramai lebih kurang 1600 orang bilangannya, dengan satu anak kebaktian di Cyberjaya, satu di Nilai, di Ampang dan di PJ (Petaling Jaya). Selain itu, dua anak kebaktian bahasa juga dimulakan pada tahun 2011 โ kebaktian Bahasa Mandarin dan kebaktian Bahasa Malaysia. Acts juga telah menjejak ke seberang lautan dengan gereja-gereja di Filipina, Singapura, Botswanaโฆ dan lebih lagi dalam perancangan. Kami meneruskan perjalanan kami - sambil belajar, berubah dan bertumbuh - bersandar kepada Roh-Nya dan terdesak untuk kehadiran-Nya yang nyata - dengan kerinduan melihat jiwa-jiwa ditransformasikan dan Tuhan dimuliakan...